Tuesday, 5 June 2012

16 Ciri- ciri Orang Bertaqwa

Assalamualaikum & selamat pagi semua! (I don't fall asleep again right after Subuh, nice!)

Just wanna share some knowledge I gained from a Kuliyyah in the nearby Masjid I attended last few days.

The Ustaz's name is Ustaz Shihabudin, an Indonesian but he already lives here for years to do Da'wah.
One of the reasons why I like listening to his talks is because he often explains things using Point forms. Get what I mean? He'd say like, "We can work up to gain Hidayah from Allah in 6 ways. First one is... Second one is..". It makes it way easier for us to understand and jot down notes.

Since my notes are in Malay, so cakap Melayu lah.

Tapi, sebelum kita beralih kepada tajuk utama, Ustaz telah menerangkan mengenai IMAN secara lebih mendalam. IMAN mempunyai 6 Istilah yang berlainan namun saling berkait. Menarik bukan?

1. IMAN: Percaya
#Membenarkan di dalam hati (Yakin wujudnya Allah), Mengaku dengan lidah (Mengucap 2 kalimah syahadah), Mengamalkan dengan perbuatan/anggota badan (Menunaikan solat etc etc)

2. Akidah : Ikatan : Simpulan Tali Yang Kuat
#Ilmu yang dipelajari tentang keyakinan2 dan kepercayaan kepada Allah supaya diri bertambah beriman kepadaNYA.

3. Tauhid [berasal dari perkataan Ahad - maksudnya 'Satu']
#Ilmu yang pelbagai tentang keesaan Allah.

4. Usuluddin : Pokok Pangkal Agama
#Ilmu  mengenai asal- usul agama iaitu mengenali Allah - Ma'rifatullah.

5. Ilmu Kalam : Ilmu Percakapan
#Ilmu yang membicarakan tentang Allah, ia tidak akan habis sampai kiamat pun.

6. Feqah Al-Akbar(yang paling besar)
#Matamat semua perbuatan hanyalah kerana Allah Taa'la (Lillahi Ta'ala)

16 Ciri- Ciri Orang Bertaqwa


1. Beriman Kepada Allah


2. Beriman Kepada Hari Qiamat


3. Beriman Kepada Malaikat


4. Beriman Kepada Kitab Samawi (Taurat, Injil, Zabur, Al-Quran)


5. Beriman Kepada Rasul


6. Memberikan Sedikit Kekayaan Kepada Orang Yang Layak Menerima
  • Contoh: Keluarga, Orang Miskin & Kurang Mampu etc etc
7. Mendirikan Solat

8. Mengeluarkan Zakat


9. Orang Yang Menepati Janji
  • Sama ada di waktu kita peroleh kesenangan, kesempitan, kemudaratan atau peperangan.
10. Orang Yang Sabar Dalam Setiap Masa

11. Orang Yang Jujur

12. Orang Yang Mengagungkan Syiar Agama Islam

13. Orang Yang Membelanjakan (Infak Harta) Ketika Susah Dan Senang

14. Alkazimin : Orang Yang Boleh Mengawal Perasaan Marah (Emosi)

15. Orang Yang Mudah Memaafkan Orang Lain

16. Beriman Dengan Perkara Ghaib


***Kalau ada yang tertanya2, kenapa 5 points utama paling atas tu bukan Rukun Iman and tak ikut turutan, sebabnya susunan ni berdasarkan Ayat Al-Quran, Surah Al- Baqarah  - 177.


P/S: Sebenarnya Ustaz ni tak habis lagi elaborate on all 16 points tu. Sebab malam tu, dia elaborate pasal "Maksud Iman" secara keseluruhan. Alhamdulillah, at least dapat ilmu kefahaman yang baru :)
But, Don't worry, I'll keep updating this post until all 16 points are well-elaborated, insyaAllah. Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment

A penny for your thoughts?