Friday, 14 December 2012

Siapa ingat?


Siapa ingat dekat asrama dulu kita baca Asma'ul Husna setiap pagi tatkala perhimpunan baru sebentar dimulakan?
Siapa ingat dekat asrama dulu kita bahagikan masa rehat untuk dua benda? Bukan sahaja makan di kantin, sebaliknya bergegas ke surau untuk sujud padaNYA dua rakaat.
Siapa ingat dekat asrama dulu kita sembahyang Zuhur berjemaah, dengan azan yang dilaungkan pelajar sebagai 'signal'?
Siapa ingat dekat asrama dulu kita duduk santai selepas Asar berjemaah untuk menjamu sekeping hati dengan tazkirah pendek?
Siapa ingat dekat asrama dulu batch PMR dan SPM berbulatan kecil demi membaca Yaasin dan Maa'thurat bersama- sama?
Siapa ingat dekat asrama dulu kita mulakan makan dengan mengaminkan doa makan oleh kawan kita?
Siapa ingat dekat asrama dulu kita solat sunat hajat bagi mendoakan kebaikan, kecemerlangan dan kesejahteraan semua?
Siapa ingat dekat asrama dulu, 11.30 malam, dengan suara pelajar lelaki Form 2 memenuhi corong speakers, kita baca Al-Mulk bersama dorm mates sebelum tidur?

Siapa ingat?
Kita semua pasti ingat. Kerana itu semua part of peraturan sekolah. Part of adat dan budaya di asrama.
Tapi pernah ke kita duduk dan fikir dengan baik kenapa sebenarnya kita buat apa yang kita buat? Memang sebab kita willingly nak melakukannya or just simply follow what other people do? 'Eh, orang lain buat, takkan aku tak buat kot'. 

Dulu saya selalu tertanya- tanya, will I be istiqamah in continuing what I am doing once I finish off high school? Ke takat habis SPM je, then 'Boom!' everything's gone?? 

Haaaa, dah habis fikir? Jawapannya, setakat ni banyak benda tak buat. banyak benda tinggal. banyak ibadah2 sunat tu lompong. Kenapa? Entah, maybe sebab ingat diri ada dalam comfort zone. Bila dah terumbang - ambing, baru nak gelabah. Baru nak kecoh. Tambah pula semua benda buat dekat sekolah tak datang dari hati sendiri. Macam saya cakap, kita cuma follow apa orang buat. Tak pernah fikir betapa pentingnya satu ibadah tu dekat kita. Tak nampak signifikan dalam  menunaikannya. Tak yakin. Terlampau banyak gangguan. Terlampau banyak tarikan luar.

Berapa ramai yang masih amalkan baca Al-Mulk sebelum tidur? Alahai, jumlahnya pasti sikit. Saya mengaku, saya sendiri pun tak buat. Setiap kali terfikir nak baca, mesti ada suara kecil berbisik, 'Ala, takpe je. Boleh baca nanti2. Main lah game dulu...'. And I'd end up sleeping till the next morning. Padahal Al-Mulk tu cukup jelas kebaikannya: tolong kita untuk mendapatkan syafaat kelak, pelihara dari azab kubur dan juga dilindungi sayap malaikat. 

Same goes to other things. Semuanya susah, semuanya ada halangan.

Jadi, apa yang kita perlu buat? Start belajar balik tunaikan ibadah2 ni, one by one. Sikit- sikit lama- lama jadi bukit. Ingat? :)
Nak tetiba ubah 180 degrees tu tak payahla. Bukan tak boleh, boleh je! Tapi takut kalau tak mampu nak istiqamah. Kalau awak yakin, then do proceed :)
Banyakkan dengar ceramah agama. Ala, banyak je yang boleh download or tengok dekat Youtube online tuh. Dunia di hujung jari kan? Manfaat kan. It doesn't mean that you've to stop watching other things (Korean dramas and whatsoever lol), but seek for a balance in both duniawi and ukhrawi. Ingat, Allah suka orang yang berusaha untuk kedua - duanya.

I like this sentence: 
"The hereafter is beyond (in front of) the world in the race track. If you aim only for the world, you won't get  to the hereafter. Thus, aim for the hereafter, so you know that you will run passing both."

Gotta go, tomorrow got exam. Kalau ayat macam pelik and aint make any sense, I apologize. Will edit later ;)
Yang buruk dari saya, yang baik dari Allah swt.
Assalamualaikum.

1 comment:

A penny for your thoughts?