Monday, 8 February 2016

Sempurna

Apa ubatnya bila kau rasa diri kau tak cukup baik? Nak kata tak sembahyang, tidak juga. Alhamdulillah, masih terjaga. Cuma bila kau dikelilingi orang- orang yang sangat baik dari segi agama dan cantik akhlaknya, dan bila kau kembali merenung diri kau sendiri, baru kau sedar kau dan mereka macam langit dan bumi. 

Kau jauh di bawah. 

Jadi kau mula berasa seperti kau tak layak untuk menerima nikmat- nikmat gembira dari Tuhan. Ini termasuklah kehadiran kenalan- kenalan baik yang mendampingi kau dalam hidup kau. Keyakinan diri kau turut hilang apatah lagi untuk menasihati rakan yang memerlukan pandangan kau. Kau hanyalah manusia biasa yang tak layak menerima atau menghulur sesuatu berunsur keagamaan. 

Inilah inferiority complex dalam beragama.